Mewakili Malaysia Genda Singh

Pada penampilan sulung di SEAP Kuala Lumpur 1965, beliau sudah pun berusia 43 tahun dan bergelar veteran pada masa itu,

Genda telah berjaya memenangi pingat perak apabila tewas kepada Eknath Mane dari Singapura. Pada edisi berikutnya di SEAP 1967 Bangkok, Genda sekali lagi kempunan pingat emas, juga kecundang kepada lawan yang sama.

Acara tersebut tidak dipertandingkan pada 1969 di Rangoon (Myanmar). Tiada siapa pun menjangkakan Genda yang usianya hampir menjangkaui 50 tahun muncul semula di Kuala Lumpur pada 1971.

Pada Sukan SEAP Kuala Lumpur 1971, Genda meraih perak untuk kali ketiga. Tetapi, tiada apa untuk dikecewakan kerana pingat emas akhirnya jatuh ke tangan Malaysia dengan junior Genda iaitu M.Dattaya mengungguli acara itu. Malah, apabila pingat emas bertukar tangan kepada atlet Myanmar di Bangkok pada 1975, Genda masih lagi mampu mempertahankan kedudukan sebagai naib juara – posisi sama yang diraihnya sebanyak lima kali berturut-turut sejak 1965. Pada usia 55 tahun, bapa mengambil keputusan untuk beraksi buat kali terakhir pada Sukan SEAP 1977 ketika itu diadakan di ibu negara, namun akhirnya memenangi pingat gangsa.